CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Selamat Datang Ke SUKOSENSEI ONLINE EDUCATION , Pengajian Am STPM terbahagi kepada 2 kertas iaitu 900/1 dAN 900/2.

Contoh bahan pengajaran dan pembelajaran sejarah, Pengajian Am dan Amalan Pedagogi boleh rujuk laman web sukosensei.com.

Visit sukosensei



Counters
sukosensei.com



STPM SEMAKIN HAMPIR GAMBATTE KUDASAI

Sunday, January 27, 2008


  • 1.CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA

  • • Jenis Kerajaan Persekutuan

  • • Raja Berperlembagaan

  • • Demokrasi Berparlimen dan bercorak Westminster

  • • Dwidewan

  • • Ketinggian Perlembagaan

  • HAK ASASI WARGANEGARA


  • 2. setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:

  • (a) tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang

  • (b) tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan.

  • (c) Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan secepat mungkin

  • (d) Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhidmatan kerahan (kerja paksa) yang mengikut undang-undang

  • (e) Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan yang sama

  • (f) Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah

  • (g) Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya

  • (h) Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan

  • (i) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

  • (j) Kebebasan beragama

  • (k) Kebebasan pemilikan harta

  • 3.SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI

  • No. Jenis undang-undang Ringkasan

  • 1 Undang-undang Subversif - kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara

  • 2 Undang-undang Darurat - kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh seseorang yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan

  • 3 Aka Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - seseorang boleh ditahan tidk melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam negara

  • 4 Akta Universiti dan Kolej Universiti - para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik.

  • 5 Akta Rahsia Rasmi - tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan

  • 6 Akta Mesin Cetak - badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untujk mengungkitkan isu-isu sensitif yan boleh mengancam keselamatan negara.

  • 7 Akta Hasutan - rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan.

  • 8 Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak - berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

  • 1 comments:

    LaLaLovy said...

    saya ada tugasan untuk membuat tajuk ini. Apakah jenis sekatan yang boleh dinafikan.... Sangat rumit bukan ??

    JADUAL

    Head1Item 1 Item 2 Item 3 Item 4
    Item 5 Item 6 Item 7 Item 8
    Head2Item 9 Item 10 Item 11 Item 12
    1. Item 1
    2. Item 2
    3. Item 3
    4. Item 4
    5. Item 5
    6. Item 6

    MSHTML is a WYSIWYG Editor that supports:

    • Cut
    • Copy
    • Paste

    This is a great tool!