Dewan Rakyat merupakan sebuah majlis bagi wakil-wakil rakyat untuk menyuarakan dan membela nasib rakyat di kawasan yang diwakili dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Dewan ini terdiri daripada 219 anggota daripada seluruh Malaysia. Keanggotaan di dalam dewan akan terbatal sekiranya beberapa situasi berlaku ke atas anggota dewan seperti tidak menghadiri persidangan dewan, tidak layak lagi memimpin atau kurang siuman, dijatuhi hukuman penjara dan sebagainya. Speaker dewan dibantu oleh seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan yang akan mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat, lazimnya pelantikan di kalangan anggota Dewan Rakyat ataupun daripada luar dewan tersebut. Dewan Rakyat mempunyai seorang setiausaha dan tiga ahli ex-officio yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, iaitu Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara dan Peguam Negara bagi memberikan pendapat yang sesuai apabila diperlukan.
Dewan Rakyat merupakan sebahagian daripada badan perundangan di peringkat pusat, manakala di peringkat negeri ialah Dewan Negeri atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kewujudan dua dewan tersebut menunjukkan adanya perbezaan kuasa dan tanggungjawab antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.
Keanggotaan mereka hanya selama satu penggal atau lima tahun sebelum dipilih semula melalui pilihanraya.
Dewan Rakyat berperanan untuk menggubal undang-undang dan meluluskan rang undang-undang Malaysia.
Anggota-anggota dewan akan membahaskan rang undang-undang yang dicadangkan dan kemudiannya meluluskan sebelum disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Dewan Rakyat diketuai oleh Yang Dipertuan Agong dan persidangannya akan dipengerusikan oleh seorang Dipertua Dewan atau Speaker.
Monday, September 15, 2008
16 September 2008
Posted by CITY CYBER at 7:36 PM 0 comments
Sunday, January 27, 2008
Posted by CITY CYBER at 12:37 AM 1 comments
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Posted by CITY CYBER at 12:28 AM 0 comments
Sunday, January 20, 2008
KONSEP NEGARA BANGSA
Konsep negara Bangsa
4.01 Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
4.02 Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:
“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya,menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)
“...kita mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa
dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan
minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita
capai.”
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Dewan Budaya USM,1999 )
Posted by CITY CYBER at 2:47 AM 0 comments
JADUAL
Head1 | Item 1 | Item 2 | Item 3 | Item 4 |
---|---|---|---|---|
Item 5 | Item 6 | Item 7 | Item 8 | |
Head2 | Item 9 | Item 10 | Item 11 | Item 12 |
- Item 1
- Item 2
- Item 3
- Item 4
- Item 5
- Item 6
MSHTML is a WYSIWYG Editor that supports:
- Cut
- Copy
- Paste
This is a great tool!